Teori E-S-B-I merubah minda para usahawan (Part-1)
Salam hormat,
Teori E-S-B-I ini diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki
dalam bukunya yang bertajuk Cashflow Quardrant dan disambung lagi
dalam bukunya yang bertajuk The Business Of The 21st Century.
Teori ini agak direct to the point dan mungkin mengguris hati
ramai pembaca, tetapi teori ini jugalah yang telah melahirkan
ramai jutawan di seluruh dunia.
Jutawan internet jepun, Yozawa Tsubasa juga memulakan
perniagaan setelah memahami konsep teori ini.
Tidak mengapa jika anda tidak memulakan perniagaan, tetapi
saya rasakan anda amat rugi jika tidak mengenali teori ini.
Secara amnya, manusia menjana pendapatan di salah satu
dari empat sukuan seperti di atas.
E merujuk kepada Employee (makan gaji)
S merujuk kepada Self Employed (bekerja sendiri/perniaga kecil)
B merujuk kepada Big Business Owner (Pemilik perniagaan
dengan jumlah pekerja melebihi 500 orang)
I merujuk kepada Investor (pelabur)
Quardrant ini terbahagi kepada ruangan kiri dan kanan
iaitu ruangan kiri terdiri daripada E dan S,
manakala ruangan kanan terdiri daripada
B dan I.
Ruangan kiri ini ditafsirkan sebagai Poor manakala
ruangan kanan ditafsirkan sebagai Rich.
Secara mudahnya, jika anda ingin memiliki kekayaan,
anda harus 'berhijrah' ke ruangan kanan (B dan I)
95% diantara kita berada di ruangan E (employee) untuk
menjana pendapatan. Tidak dinafikan,
saya juga berada di E sebelum memulakan perniagaan.
Kita boleh mengenali diri kita berada di sukuan yang mana
dengan hanya melihat pada kata-kata yang sering kita gunakan.
Kata-kata itu melambangkan diri anda sendiri.
Orang yang berada di E sering menggunakan perkataan
"saya cari kerja yang stabil (syarikat yang besar / kerajaan) dengan
gaji yang lumayan dan benefit-nya banyak"
Orang yang berada di ruangan ini hidupnya banyak dipengaruhi
oleh "ketakutan".
Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini,
mereka amat takuti terputusnya pendapatan bulanan.
Mereka sangat utamakan 'jaminan' dalam hidup mereka.
Jaminan yang dimaksudkan adalah gaji tetap
setiap bulan, insuran yang diberikan dan berapakah pendapatan
setelah pencen kelak.
Mereka langsung didak mahu berada dalam keadaan berisiko
dan kehidupan yang tidak terjamin.
Orang yang berada di S pula sering berkata
"bayarannya saya kenakan RM130 sejam"
"saya kena buat sendiri sebab orang lain tak boleh buat sebaik saya"
"saya perlukan dalam 20jam untuk client saya"
"kerja ni saya je yang tahu"
Mereka yang berada di sukuan S ini lebih berminat untuk menjadi
Boss kepada diri sendiri.
Mereka diklasifikasikan sebagai golongan D.I.Y (do-it-yourself)
oleh Robert T.Kiyosaki.
Contoh perniagaan di sukuan S ini adalah seperti
Doktor yang membuka klinik, peguam yang membuka firma guaman,
penasihat, peniaga runcit dan lain-lain.
Mereka berniaga tetapi tidak memiliki perniagaan.
Apa maksudnya?
Perniagaan yang dijalankan oleh golongan D.I.Y
ini tidak mampu bergerak tanpa pemiliknya sendiri.
Dengan kata lain, pemilik adalah saraf tunjang dalam perniagaan.
Jika pemiliknya bercuti, sakit atau meninggal, perniagaan tersebut
tidak dapat bergerak.
Apa yang dikatakan 'memilik perniagaan' adalah apabila
anda meninggalkan perniagaan anda selama setahun,
anda kembali, dan melihat perniagaan anda bertambah maju.
Kepada yang berada di golongan S, cuba anda lihat,
adakah perniagaan anda mampu bergerak tanpa anda?
Jika tidak, anda harus berhijrah ke B.
Golongan di S ini sebenar-benarnya tidak memiliki perniagaan,
tetapi perniagaan itu sendiri yang memiliki kereka.
Golongan S sangat percaya pada diri sendiri.
Ia satu sifat yang baik tetapi lama-kelamaan akan makan diri sendiri.
Mereka merasakan sesuatu kerja itu harus dilakukan sendiri
kerana orang lain tidak mampu melaksanakan sebaik yang dia lakukan.
Core value kepada golongan S ini adalah 'berdikari'
Perpindahan sukuan tidak semudah anda menukar alamat rumah.
Sukuan kiri (E dan S) memerlukan kekuatan teknikal
dan pengurusan (management) yang tinggi tetapi di sukuan kanan
memerlukan kekuatan leadership yang tinggi.
Ia adalah dunia yang sangat-sangat berbeza.
Saya hentikan perbincangan untuk entry kali ini buat sementara
kerana sudah terlalu panjang.
Saya akan sambung lagi mengenai B dan I dalam entry yang akan datang.
Sekian,
Bukhari Ryo