Berani Berniaga 2013




Nak mula bisnes mesti kena ada modal?

Pada tanggal 31/3/2013, saya pergi satu seminar percuma

anjuran Dr Azizan Osman iaitu Berani Berniaga 2013 di 

Shah Alam Convension Center, which is dia adalah

Jurulatih Kejayaan #1 Asia dan baru-baru ini,

beliau juga pernah berdiri satu stage dengan Legend

dunia perniagaan iaitu Robert T. Kiyosaki

(penulis buku rich dad poor dad)

dan adakan talk mengenai 'Marketing'.

Pengetahuan Dr.Azizan dalam marketing sangat-sangat dasyat..



Kepada yang tak sempat pergi ke sana, saya akan kongsikan

apa kandungan seminar itu khas untuk anda semua.

Sharing is caring la katakan,,


ok,


Salah satu perkara penting (semua penting act..)

yang disampaikan adalah:


4 KEPERCAYAAN KARUT ORANG NAK MULA BERNIAGA


1) Orang nak mula bisnes mesti kena ada modal

2) Tiada darah usahawa / tidak membesar dalam keturunan usahawan

3) Perlu dapat subsidi / sokongan kerajaan untuk buat bisnes

4) Ekonomi sekarang tak bagus, tak boleh berniaga



Orang nak mula bisnes mesti kena ada modal

"bermula di mana kita boleh bermula" bak kata Dr. Azizan.

Saya sangat sukakan ayat sebaris kat atas tu.

Saya juga salah seorang yang mempercayai kepercayaan 

karut #1 tu sebelum ni,,sehinggalah saya dengar satu video seminar

salah seorang jutawan internet jepun, Yozawa Tsubasa.

Dan sekali lagi, Dr.Azizan pula yang cakap perkara sama. 

Makin kukuh la hujah tu.


Ramai orang fikir nak mulakan bisnes je mesti kena ada modal.

Kenapa yek?

Kita memang dah di-mindsetkan sebegitu sejak dulu lagi.

Yela, kawan-kawan sekeliling saya pun kata, kerja 20 tahun dulu

kumpul modal, baru start bisnes.

Pensyarah pun kata, kerja dulu amek pengalaman, kumpul

modal sikit-sikit, umur 40 nanti boleh buat bisnes..

Mana la tak terikut kami-kami yang belum pernah bisnes sebelum ni.



Bila tengok balik, semua usahawan yang berjaya bukannya 

dari golongan kaya-raya ataupun ada modal berjuta sebelum mula bisnes.

Cuba tengok Mark Zuckerberg, Bill Gates, Tony Fernandes, Robert T.Kiyosaki,

mereka bukannya ada aset berjuta sebelum mula bisnes.


Mereka semua buat bisnes kecil-kecilan dulu, lama-lama bisnes tu

jadi multi million dollar bisnes.


Jangan harapkan modal yang tak akan turun dari langit.

Cuba lihat di sekeliling kita apa yang kita ada.

Apa kelebihan yang kita ada?

Siapa kawan kita yang boleh membantu?

Apa ilmu yang kita ada?

Berapa modal atau tabungan yang kita ada?


Keluarkan sehelai kertas A4 dan senaraikan apa yang kita ada

pada masa sekarang. 

Senaraikan semua sekali. Anda bela kucing, tulis kucing.

Anda ada laptop, tulis laptop. Anda ada baju-baju lama,

tulis baju-baju lama. In fact, Different Class Bundle 


juga hanya bermula dengan  menjual semula baju-baju lama

kepunyaan sendiri. Lama-lama, bila dah mula ramai

customer, baru mula restock brg. Sekarang, NAH. 

Dalam 2 tahun je dah ada 2 buah cawangan.


Ia bagaikan bermain puzzle, uliskan apa yang kita ada

seterusnya susun semula dan fikirkan apa yang kita boleh

lakukan dengan apa yang kita ada itu.


Ramai orang tak berjaya dalam perniagaan ataupun tidak

memulakan perniagaan kerana terlalu fikirkan apa yang

mereka tidak ada.

Yang tak ada, memang tak ada! nak buat apa fikir lagi!

Ramai yang berikan alasan

"aku tak ada modal, xboleh bisnes.."

"aku tak pandai macam dia.."

"aku tak pandai bercakap depan orang.."

"aku tak ada ilmu bisnes.."

"aku mesti ada bla..bla...bla..."


Cuba fikirkan apa yang anda ada dan bak kata Dr.Azizan sekali lagi,

"bermula di mana kita boleh bermula"

Jangan ingat dah ada modal yang besar, bisnes anda pasti 

akan berjaya.

Sory..business is not all about how much capital that you have,,

its all about your skills and experience in business..


Percayalah, kalau anda ada modal berjuta sekalipun,

anda tetap cium ke tanah jika anda tidak pernah berniaga.


Nasihat saya,


Mulakan saja apa-apa bisnes sekalipun sebelum anda menyentuh modal

yang lebih besar. Dapatkan feel bisnes terlebih dahulu

dan fahami dengan pengalaman sendiri.

Create diri sendiri yang boleh menjana pendapatan dengan

keadaan kemudahan yang paling minimum.

Itulah kunci kejayaan dalam bisnes.

Jika anda mampu lakukannya,

Saya percaya modal di tangan anda kelak anda mampu melipatkali

gandakan.




Sekian,



Bukhari Ryo


newer post