Jangan buat persediaan terlalu lama





Dalam bisnes, 

anda perlu terjun dulu, baru anda nampak


Salam hormat,


Saya baru-baru ni ada tonton video seminar Yozawa Tsubasa.

Dalam video seminarnya yang panjang lebar, 

beliau ada kata yang ramai orang yang nak mulakan bisnes

banyak buang masa di 'preparation'.


Apa maksudnya?


Tak boleh buat preparation ke?


Bukan tak boleh, cuma JANGAN lama-lama.

Ramai yang hanya pergi ke seminar berpuluh-puluh kali tapi

langsung tak mulakan apa-apa.

Baca buku berkaitan bisnes dah berpuluh-puluh buku,

MASIH tak mulakan apa-apa.

Alasan mereka,


"saya masih sedang belajar bisnes"


Helo kawan...bisnes bukan sekadar teori ok...


Percayalah, berapa banyak kali anda hadir seminar pun,

berapa banyak anda baca buku bisnes pun,

Kalau anda ada MBA sekalipun,

tak semestinya bisnes anda akan terus berjaya.

Perkara ini telah diterangkan oleh Robert T. Kiyosaki

dalam bukunya yang bertajuk 'Cash Flow Quardrant'


Ye, saya akui apa yang diperkatakan oleh pakar mentor kejayaan 

negara, Dr.Azizan Osman. Nak buat bisnes, mesti kena ada ilmu (Elmu).

Ikut teori M.E.S.T.I :

M :matlamat / misi

E :elmu (ilmu)

S :sistem / strategi

T :tindakan luarbiasa

I :iman / intension (niat)


Jika dilihat kembali, Ilmu (elmu) berada di tempat nombor 2 

manakala diikuti oleh sistem, tindakan dan seterusnya niat anda.


Saya tak kata anda tak perlukan ilmu bisnes untuk buat bisnes,

tetapi apa yang saya nak sampaikan adalah jangan buat preparation

terlalu lama. Ramai sangat orang yang habiskan masa buat preparation

sampai bertahun-tahun lamanya. Last-last, tak buat apa-apa.

Cuba lihat seminar Advance Marketing Power (AMP)

anjuran Dr.Azizan Osman, ianya hanya memakan masa

3 hari sahaja untuk belajar mengenai marketing,

lepastu, beliau suruh mulakan terus.


Bisnes ibarat anda belajar berenang.

Anda belajarlah pelbagai teori berenang sekalipun,

anda buat senaman regangan berjam-jam sekalipun,

anda tidak akan boleh berenang jika anda tidak terjun ke air.


Apa yang anda perlu buat, anda belajar sedikit teori berenang,

sedikit senaman regangan dan terus terjun saja dalam air.

BARU ANDA NAMPAK APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN.

Dari situ, anda boleh tahu mana yang perlu anda belajar lagi,

apa yang anda perlu perbaiki dan lain-lain.


Memang ramai orang yang tak berani nak terus terjun atas sebab

belum cukup ilmu.


Nasihat saya, cuba anda mulakan dulu bisnes, dan anda akan tahu

yang anda perlu.


Bisnes tak sama seperti anda makan gaji.

Jika anda makan gaji, anda diberikan arahan yang jelas dari majikan

anda. Anda hanya perlu ikut semua prosedur yang diberi berpandukan

'specification' yang ditetapkan dengan betul.

Jika anda salah, anda mungkin dimarahi atau ditegur oleh majikan.


Walaubagaimanapun, ia adalah sebaliknya di dalam dunia perniagaan.

Anda hanya ada matlamat dan tiada siapa akan menunjukkan jalan.

Yang lebih teruk lagi, anda sendiri tidak tahu samada apa 

yang anda buat itu betul atau tidak.


Mungkin ini adalah sebab utama ramai yang tidak berani 

memulakan perniagaan.


Anda mulakan bisnes, ibarat anda berjalan dalam gua dengan 

hanya memegang sebatang obor di tangan tanpa apa-apa

panduan lain.


Obor di tangan anda tak mampu untuk menerangi seluas-luas kawasan

di mana anda berada. Ye, abor ada limitation dari segi radius kawasan

yang mampu diterangi.

Walaupun obor mempunyai limitation, tetapi ianya mampu menerangi 

beberapa langkah di hadapan anda.

Anda genggam obor itu sekuat hati dan harus BERANIkan diri untuk 

terus melangkah ke hadapan sambil MENYUSUN STRATEGI.

Memang ramai sangat yang bercita-cita untuk memulakan bisnes 

tetapi gagal di peringkat ini.

Dia amat takut untuk melangkah ke jalan yang belum diterangi

dan menghadapi sesuatu yang bakal mendatang dari hadapan.


Apa yang anda perlu takutkan?


Anda teruskan saja perjalanan anda itu.

Sekarang memang anda tak nampak apa yang ada tiga meter di hadapan

anda, tetapi anda nampak satu meter di hadapan anda dengan 

bantuan obor itu sendiri.


Bila anda melangkah satu meter ke hadapan, anda akan nampak

satu meter yang seterusnya.


Sepanjang perjalangan anda itu, anda akan mendapat

info, pengalaman, kenalan, mentor, peluang yang lebih besar dan 

banyak lagi yang anda sendiri tak pernah jangkakan.


Pada satu ketika nanti, anda akan perasan yang anda telah 

menerangi seluruh kawasan sepanjang perjalanan dan NAMPAK

semua perkara di sekeliling anda.


Ye, dalam perniagaan memang perlukan KEBERANIAN yang 

luar biasa dan TINDAKAN yang luar biasa.



Nasihat saya, anda beranikan diri dan jangan takut akan apa yang

bakal anda hadapi sepanjang perjalanan.



"Hanya yang berani akan berjaya" - Dr.Azizan Osman

"Fast action, fast result" - Dr.Azizan Osman



Sekian,



Bukhari Ryo 




newer post older post