ASET dan LIABILITI





Rumah anda BUKAN ASET



Salam hormat,



Baru-baru ini saya ada baca buku bertajuk

The Business of the 21st Century hasil tulisan

Robert T.Kiyosaki.


Robert T.Kiyosaki adalah seorang ahli perniagaan yang

sangat terkenal dengan teori

Quardrant E-S-B-I nya. 

Teori ini menerangkan bahawa manusia terbahagi

dalam empat kategori dalam mendapatkan sumber pendapatan.

E merujuk kepada Employee (makan gaji)

S merujuk kepada Self Employed (bekerja sendiri)

B merujuk kepada Business Owner (Pemilik perniagaan 

    dengan jumlah pekerja melebihi 500 orang)

I merujuk kepada Investor (pelabur)


Entry kali ini saya tidak berkesempatan untuk menerangkan secara

lebih detail mengenai teorinya kerana entry kali ini saya lebih untuk 

membincangkan perbezaan di antara ASET dan LIABILITI.


Saya juga sebelum ini sedikit kurang jelas mengenai perbezaan

diantara aset dan liabiliti tetapi sekarang saya sudah jelas setelah

membaca buku The Business of the 21st Century


Ramai yang salah faham mengenai maksud sebenar 'aset'.

Mereka selalunya mentafsirkan aset dengan nilai(wang) yang 

dipunyai oleh sesuatu barang itu sendiri.


Dan lebih teruk lagi, apa yang kita sangkakan aset adalah

sebenarnya BUKAN ASET (liabiliti).


ASET adalah APA SAHAJA yang boleh memuatkan wang ke

poket anda dan sebaliknya, apa-apa sahaja yang boleh

meragut wang dari poket anda adalah LIABILITI.


Aset tidak semestinya hartanah, rumah, kebun dan kenderaan sahaja.

Ia boleh terdiri daripada gitar, laptop, ipad, iphone, dan apa sahaja.

Perniagaan anda itu juga adalah aset anda.

Apa maksudnya?

Kesemua di atas dibeli menggunakan wang ringgit.

Jika kesemua di atas digunakan untuk diri sendiri dan tidak

mendatangkan apa-apa keuntungan, secara tidak langsung

ia akan menjadi liabiliti.

Dan apabila anda menggunakan untuk menjana keuntungan (wang),

ia secara automatik bertukar menjadi aset kepada diri anda.


Apabila maksud 'asset' dicari dalam kamus,

ia ditafsirkan  sebagai "worth something"

Tricky word di sini adalah "worth (nilai)"


Ok, soalannya di sini,


Apakah nilai rumah anda?


Sebelum anda menjawab, saya akan bertanyakan soalan yang 

sama dalam bentuk yang berbeza,,


Berapa wang yang rumah anda boleh jana kepada diri anda setiap

bulan dan berapa pula yang anda harus keluarkan wang untuk rumah itu??


Kebanyakan orang akan menjawab, TIADA.


Ini adalah kerana rumah anda itu sendiri bukanlah aset tetapi hanyalah satu liabiliti.


Pasti anda akan menjawab begini,,

"Nanti dulu!! Rumah saya bernilai RM300,000!! Itu adalah aset!!"


Oh ya?

Bila? Bila nilai rumah anda akan menjadi RM300,000?

Bila nak jual nanti? Bila anda nak jual?


Bila dah jual nanti anda nak duduk mana?


Pasti anda akan membeli rumah yang baru pula kan.


Memang anda boleh kata rumah itu dulu dibeli dengan harga

hanya RM100,000 dan kini naik sehingga RM300,000.

Ya, anda boleh kata ada keuntungan sebanyak RM200,000

jika dibandingkan dengan harga asal semasa anda beli.


Rumah (properties) anda memang akan naik harga jika kena dengan

tempat yang strategik dan kawasan yang membangun.



TETAPI, anda jangan lupa, harga rumah yang lain dengan saiz

yang lebih kurang sama dengan tempat yang lebih kurang sama

juga sudah bernilai RM300,000 semasa anda ingin beli semula rumah baru.


Jika anda jual rumah lama anda dan beli rumah yang baru,

MANA KEUNTUNGAN ANDA?

MANA NILAI RUMAH ANDA?

Tiada...


Maka, rumah yang anda duduk sekarang bersama keluarga

anda sebenarnya bukanlah aset.

Ia hanyalah LIABILITI semata-mata.


Rumah yang anda miliki itu hanya akan bertukar menjadi aset

apabila anda MENJANA PENDAPATAN daripada rumah itu.


Sebagai contoh yang mudah,


Rumah yang anda sewakan kepada orang lain dan mendapat

keuntungan bulanan itulah yang dinamakan aset.


Cuba anda bertanya pada diri anda sebentar,,


Apaka jenis aset yang anda ada?

Berapa banyakkah aset yang anda ada?

Berapakah jumlah pendapatan yang anda boleh jana daripada aset anda itu?


Saya serahkan tiga soalan ini untuk anda jawab.


Saya akan huraikan lebih detail mengenai ASET dan LIABILITI

dalam entry pada masa akan datang.


Saya berharap entry kali ini sedikit sebanyak

dapat membuka minda anda mengenai apakah yang dinamakan

ASET dan LIABILITI.




Sekian,




Bukhari Ryo

newer post older post