ALL OR NOTHING




'ALL OR NOTHING' VS 'SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT'



salam hormat,



Saya pasti semua yang membaca blog ini

pasti pernah dengar pribahasa 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.

Pribahasa ini boleh digunapakai di semua sudut dalam kehidupan

seharian kita,

tak kiralah dalam kerjaya, perniagaan, tabungan dan lain-lain.


Pernah tak anda dengar 'all or nothing'?

ataupun 'all in, all out'?


Mungkin sesetengah orang akan cakap "ya"

dan sesetengah orang akan cakap "ape tu?"


Perkataan ini sering kali digunakan dalam

dunia perjudian.


Saya secara peribadi tak berapa sukakan peribahasa 

'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.

Bagi saya itu leceh.

Seperti menabung juga,

kenapa saya perlu menabung sebulan RM1000 untuk kumpul

RM30,000 dalam masa tiga tahun?


Leceh, lambat, penat, seterusnya lepas saya pakai RM30,000,,

mula balik dari 0..


Adakah itu maksud sebenar 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'?

Ramai yang akan kata "ya",

tetapi saya akan kata "TIDAK".


Pada pendapat saya, 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'

adalah kita lakukan sesuatu hari demi hari selama tiga tahun

dan setelah itu, kita boleh earn RM30,000 (TARGET) setiap bulan.


TETAPI,


Ia memerlukan keberanian yang luar biasa kerana

tindakan itu adalah gabungan antara 

'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit' dan 'all or nothing'


Kita berjaya, kita menang. Kita gagal,

TIADA apa yang tinggal pada diri kita.


Saya dah cuba lalui kedua-dua situasi ini dalam 

pelbagai sudut kehidupan.

Hasilnya lebih baik di gabungan 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit' dan 'all or nothing'


Memang perkara ni berisiko tinggi. Sangat-sangat tinggi.

Memang tak ramai pun yang nak ambil

langkah GILA ni.


Dalam situasi seperti ini, kita akan melakukan sesuatu perkara

dengan sangat-sangat teliti dan berjaga-jaga dengan setiap

perkara yang kita lakukan.


Saya rasa, diri saya lebih berusaha dan fokus dalam setiap

perkara yang saya lakukan kerana 

jika saya buat secara sambil lewa,

memang PADAH yang menanti.


Saya seorang yang sangat-sangat malas belajar

ketika di universiti dulu.

Bila saya dengar senior-senior saya kata

sekarang ni dapat CGPA yang tinggi pun susah

nak dapat kerja di tempat yang kita nak.


Lagi la saya malas nk belajar.


Macam mana pun saya kena dapatkan

kerja juga selepas graduate.

Tapi saya tak nak kerja di tempat yang saya tak mahu.


Saya ada satu target untuk bekerja di salah sebuah

syarikat gergasi (nama syarikat tak didedahkan) di Malaysia.


Susah la kalau saya belajar bersungguh-sungguh tapi tak dapat kerja

yang saya nak..

Saya pun mula berfikir,

'ada tak cara nak dapatkan kerja di tempat tu?'

Fikir punya fikir, ADA!


TETAPI langkah yang saya ambil SANGAT berisiko tinggi.

Selepas saya graduate, saya hanya menghantar sehelai resume

sahaja.

Tak macam rakan-rakan saya yang lain,

ada yang hantar sampai 100 resume.

Saya pula hantar SATU sahaja.

Keputusan degree saya jauh lebih rendah berbanding

dengan rakan-rakan saya yang lain.


Berani sungguh hantar SATU sahaja.

Dah la company BESAR!!


ALL OR NOTHING..


Saya dah mula buat preparation sejak awal tahun dua 

di universiti lagi untuk dapatkan kerja di situ.


Tahun dua terlalu awal untuk fikirkan kerjaya.

Semua orang sedang sibuk dalam pelajaran masing-masing.


Saya tidak.


Goalnya adalah untuk dapatkan KERJA.

Bukannya untuk dapatkan grad yang tinggi.

Grad tinggi tapi tak ada kerja pun sama juga.


Saya mula mengkaji apa perkara utama

yang melayakkan diri untuk mendapatkan kerja di situ

dan mulalah operasi selama tiga tahun.


Selama tiga tahun tu usaha saya hanya untuk 

dapatkan kerja di situ.

Tak lebih dari itu..


Saya lakukan dengan penuh berhati-hati dan

hanya bergerak ikut planning yang saya buat.


Di akhir pengajian, saya hanya hantar SATU resume ke

situ dan taruhkan nasib di situ.

Keputusan degree saya jauh di bawah par polisi kebanyakan syarikat.


Saya hanya tunggu sahaja..


Sekali lagi, 

SAYA HANYA HANTAR SATU RESUME SAHAJA

dan resume itu HANYA sesuai untuk syarikat tersebut


Selepas beberapa minggu, saya dipanggil ke temuduga

dan esk juga saya diterima kerja di situ.


Saya menang...

Usaha saya membuahkan hasil.


Macam mana kalau saya tak dapat?

Ya, saya akan kehilangan segala-galanya

sebab keputusan degree saya memang susah untuk dapat kerja.


Sekarang saya fulltime sebagai usahawan dan tidak lagi bergelar engineer,

tapi MASIH amalkan konsep yang sama.

Gabungan antara

'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit' dan 'all or nothing'.


Saya tak menolak pandangan sesiapa pun dalam

point of view ini.

Ada yang menyokong, ramai juga yang akan bantah.


Terpulang pada diri masing-masing.


Saya tetap dengan prinsip ini kerana kejayaan tak akan

datang tanpa mengambil risiko.


Risiko yang kita ambil perlulah dikecilkan sekecil mungkin

dengan mengambil tindakan yang penuh berhati-hati,

planning yang teliti dan berperingkat.

Memang tak dibenarkan untuk membuat kesilapan..


Entry yang seterusnya saya akan

sambung sedikit dalam tajuk yang masih sama.


Diharap tiada hati yang terluka dari entry kali ini.



Sekian,



Bukhari Ryo

TEORI E-S-B-I (Part-2)




Teori E-S-B-I merubah minda para usahawan (Part-2)



Salam hormat,



Di entry sebelum ini anda sedikit sebanyak sudah

memahami teori sukuan E-S-B-I ini.

Di entry kali ini saya ingin sambung 2nd half dalam sukuan ini

iaitu golongan yang berada di B(business owner) dan juga I (investor).


Real wealth tidak mungkin dikecapi jika anda berada

di sukuan E dan S.

Hanya yang berada di B dan I sahaja yang mampu mengecapi

real wealth di dunia realiti ini.


Jika anda lihat kesemua jutawan tempatan mahupun luar

negara, mereka KESEMUANYA menjana pendapatan

di sukuan B dan I.


Sebagai contoh, Bill Gates adalah contoh termudah bagi

ahli perniagaan yang berada di B dan Warren Buffet

pula orang terkaya di dunia selepas Bill Gates

dan berada di sukuan I.


Mereka semua secara amnya tidak 'bekerja'

untuk menjana pendapatan tetapi

ada beberapa trik di kedua-dua sukuan ini.


Orang yang berada di sukuan B TIDAK bekerja

kerana orang lain bekerja untuknya.

(peolpe work to generate money)

Manakala orang yang berada di sukuan I pila TIDAK bekerja

kerana duit bekerja untuknya.

(money works for money)


Memang ada DUA cara ini SAHAJA

jika anda benar-benar ingin mengejar financial freedom

dalam kehidupan anda di dunia ini.


Golongan B berada betul-betul disebalik golongan E.

Golongan B ini menggunakan golongan E untuk menjana

pendapatan / keuntungan.

Golongan B juga dikelilingi oleh golongan E, S dan I.


Tidak seperti golongan S yang tidak mahu

memberikan tanggung jawab yang besar kepada orang lain

(kerana golongan S berfikiran orang lain tidak mampu

membuat sesuatu kerja sebaik dia),

golongan di B sangat suka memberikan tanggungjawab

yang besar kepada orang lain.

Motto utama di golongan B ini adalah

"Kenapa saya perlu buat sendiri jika saya boleh menggajikan

orang lain untuk buat, dan dia boleh buat lebih baik dari saya buat"

Orang-orang di golongan B ini biasanya dikelilingi oleh

graduan-graduan yang elit, berpendidikan dan mempunyai

kebolehan teknikal yang tinggi.


Golongan B tidak memerlukan pengetahuan teknikal

yang tinggi tetapi memerlukan leardership yang tinggi

supaya golongan 'elit' ini boleh bergerak mengikut

kehendak golongan B.


Dengan kata lain, golongan B adalah MASTER

dalam penggunakan kelebihan orang untuk diri sendiri.


Dengan cara itu, satu syarikat dapat bergerak

tanpa dia directly involve dalam perniagaan.


Bagaimana pula dengan golongan I?


Golongan I boleh dikatakan golongan

yang paling pemalas, dimana mereka tidak mahu

campur tangan langsung dalam apa-apa

urusan perniagaan.


Mereka langsung tidak bekerja tetapi duit

yang dilaburkan itu akan bekerja keras untuk mereka-mereka

di golongan I ini.

Ini adalah kerana duit bekerja untuk duit.

Itulah yang dinamakan pelabur.


Sukuan I ini adalah padang permainan terbesar golongan

jutawan dan golongan inilah yang mempunyai masa yang terbanyak

dalm kehidupan tanpa berusaha sedikitpun untuk menjana

pendapatan.


Golongan I ini selalunya hanya menghabiskan masa dengan

melancong, hobi, membeli belah dan lain-lain.


Saya harap anda sudah jelas dengan kesemua empat

sukuan yang boleh menjana pendapatan ini.


Seterusnya, terpulang kepada anda

untuk duduk di sukuan yang mana dan bagaimana anda

ingin menjalani kehidupan anda.


Sekiranya pembaca berada di sukuan S,

saya menasihatkan supaya cuba fikir apakah cara yang ada

untuk anda berada di sukuan B dan seterusnya ke I.


Teori E-S-B-I ini sehingga kini digunapakai

oleh hampir kesemua rakyat Malaysia untuk menjana

pendapatan.


Saya berharap perkongsian kali inisedikit sebanyak dapat

membuka minda para pembaca.




Sekian,




Bukhari Ryo

TEORI E-S-B-I (Part-1)





Teori E-S-B-I merubah minda para usahawan (Part-1)


Salam hormat,



Teori E-S-B-I ini diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki

dalam bukunya yang bertajuk Cashflow Quardrant dan disambung lagi

dalam bukunya yang bertajuk The Business Of The 21st Century.


Teori ini agak direct to the point dan mungkin mengguris hati

ramai pembaca, tetapi teori ini jugalah yang telah melahirkan

ramai jutawan di seluruh dunia. 

Jutawan internet jepun, Yozawa Tsubasa juga memulakan 

perniagaan setelah memahami konsep teori ini.


Tidak mengapa jika anda tidak memulakan perniagaan, tetapi

saya rasakan anda amat rugi jika tidak mengenali teori ini.


Secara amnya, manusia menjana pendapatan di salah satu

dari empat sukuan seperti di atas.

E merujuk kepada Employee (makan gaji)

S merujuk kepada Self Employed (bekerja sendiri/perniaga kecil)

B merujuk kepada Big Business Owner (Pemilik perniagaan

    dengan jumlah pekerja melebihi 500 orang)

I merujuk kepada Investor (pelabur)


Quardrant ini terbahagi kepada ruangan kiri dan kanan

iaitu ruangan kiri terdiri daripada E dan S,

manakala ruangan kanan terdiri daripada

B dan I.


Ruangan kiri ini ditafsirkan sebagai Poor manakala

ruangan kanan ditafsirkan sebagai Rich.

Secara mudahnya, jika anda ingin memiliki kekayaan,

anda harus 'berhijrah' ke ruangan kanan (B dan I)


95% diantara kita berada di ruangan E (employee) untuk

menjana pendapatan. Tidak dinafikan,

saya juga berada di E sebelum memulakan perniagaan.


Kita boleh mengenali diri kita berada di sukuan yang mana

dengan hanya melihat pada kata-kata yang sering kita gunakan.

Kata-kata itu melambangkan diri anda sendiri.


Orang yang berada di E sering menggunakan perkataan 

"saya cari kerja yang stabil (syarikat yang besar / kerajaan) dengan

gaji yang lumayan dan benefit-nya banyak"


Orang yang berada di ruangan ini hidupnya banyak dipengaruhi

oleh "ketakutan".

Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini,

mereka amat takuti terputusnya pendapatan bulanan.

Mereka sangat utamakan 'jaminan' dalam hidup mereka.

Jaminan yang dimaksudkan adalah gaji tetap

setiap bulan, insuran yang diberikan dan berapakah pendapatan

setelah pencen kelak.

Mereka langsung didak mahu berada dalam keadaan berisiko

dan kehidupan yang tidak terjamin.


Orang yang berada di S pula sering berkata

"bayarannya saya kenakan RM130 sejam"

"saya kena buat sendiri sebab orang lain tak boleh buat sebaik saya"

"saya perlukan dalam 20jam untuk client saya"

"kerja ni saya je yang tahu"


Mereka yang berada di sukuan S ini lebih berminat untuk menjadi

Boss kepada diri sendiri.

Mereka diklasifikasikan sebagai golongan D.I.Y (do-it-yourself)

oleh Robert T.Kiyosaki.

Contoh perniagaan di sukuan S ini adalah seperti

Doktor yang membuka klinik, peguam yang membuka firma guaman,

penasihat, peniaga runcit dan lain-lain.

Mereka berniaga tetapi tidak memiliki perniagaan.

Apa maksudnya?

Perniagaan yang dijalankan oleh golongan D.I.Y

ini tidak mampu bergerak tanpa pemiliknya sendiri.

Dengan kata lain, pemilik adalah saraf tunjang dalam perniagaan.

Jika pemiliknya bercuti, sakit atau meninggal, perniagaan tersebut

tidak dapat bergerak.


Apa yang dikatakan 'memilik perniagaan' adalah apabila

anda meninggalkan perniagaan anda selama setahun, 

anda kembali, dan melihat perniagaan anda bertambah maju.

Kepada yang berada di golongan S, cuba anda lihat,

adakah perniagaan anda mampu bergerak tanpa anda?

Jika tidak, anda harus berhijrah ke B.


Golongan di S ini sebenar-benarnya tidak memiliki perniagaan,

tetapi perniagaan itu sendiri yang memiliki kereka.


Golongan S sangat percaya pada diri sendiri.

Ia satu sifat yang baik tetapi lama-kelamaan akan makan diri sendiri.

Mereka merasakan sesuatu kerja itu harus dilakukan sendiri

kerana orang lain tidak mampu melaksanakan sebaik yang dia lakukan.

Core value kepada golongan S ini adalah 'berdikari'


Perpindahan sukuan tidak semudah anda menukar alamat rumah.

Sukuan kiri (E dan S) memerlukan kekuatan teknikal

dan pengurusan (management) yang tinggi tetapi di sukuan kanan

memerlukan kekuatan leadership yang tinggi.

Ia adalah dunia yang sangat-sangat berbeza.


Saya hentikan perbincangan untuk entry kali ini buat sementara

kerana sudah terlalu panjang.


Saya akan sambung lagi mengenai B dan I dalam entry yang akan datang.




Sekian,




Bukhari Ryo

ASET dan LIABILITI





Rumah anda BUKAN ASET



Salam hormat,



Baru-baru ini saya ada baca buku bertajuk

The Business of the 21st Century hasil tulisan

Robert T.Kiyosaki.


Robert T.Kiyosaki adalah seorang ahli perniagaan yang

sangat terkenal dengan teori

Quardrant E-S-B-I nya. 

Teori ini menerangkan bahawa manusia terbahagi

dalam empat kategori dalam mendapatkan sumber pendapatan.

E merujuk kepada Employee (makan gaji)

S merujuk kepada Self Employed (bekerja sendiri)

B merujuk kepada Business Owner (Pemilik perniagaan 

    dengan jumlah pekerja melebihi 500 orang)

I merujuk kepada Investor (pelabur)


Entry kali ini saya tidak berkesempatan untuk menerangkan secara

lebih detail mengenai teorinya kerana entry kali ini saya lebih untuk 

membincangkan perbezaan di antara ASET dan LIABILITI.


Saya juga sebelum ini sedikit kurang jelas mengenai perbezaan

diantara aset dan liabiliti tetapi sekarang saya sudah jelas setelah

membaca buku The Business of the 21st Century


Ramai yang salah faham mengenai maksud sebenar 'aset'.

Mereka selalunya mentafsirkan aset dengan nilai(wang) yang 

dipunyai oleh sesuatu barang itu sendiri.


Dan lebih teruk lagi, apa yang kita sangkakan aset adalah

sebenarnya BUKAN ASET (liabiliti).


ASET adalah APA SAHAJA yang boleh memuatkan wang ke

poket anda dan sebaliknya, apa-apa sahaja yang boleh

meragut wang dari poket anda adalah LIABILITI.


Aset tidak semestinya hartanah, rumah, kebun dan kenderaan sahaja.

Ia boleh terdiri daripada gitar, laptop, ipad, iphone, dan apa sahaja.

Perniagaan anda itu juga adalah aset anda.

Apa maksudnya?

Kesemua di atas dibeli menggunakan wang ringgit.

Jika kesemua di atas digunakan untuk diri sendiri dan tidak

mendatangkan apa-apa keuntungan, secara tidak langsung

ia akan menjadi liabiliti.

Dan apabila anda menggunakan untuk menjana keuntungan (wang),

ia secara automatik bertukar menjadi aset kepada diri anda.


Apabila maksud 'asset' dicari dalam kamus,

ia ditafsirkan  sebagai "worth something"

Tricky word di sini adalah "worth (nilai)"


Ok, soalannya di sini,


Apakah nilai rumah anda?


Sebelum anda menjawab, saya akan bertanyakan soalan yang 

sama dalam bentuk yang berbeza,,


Berapa wang yang rumah anda boleh jana kepada diri anda setiap

bulan dan berapa pula yang anda harus keluarkan wang untuk rumah itu??


Kebanyakan orang akan menjawab, TIADA.


Ini adalah kerana rumah anda itu sendiri bukanlah aset tetapi hanyalah satu liabiliti.


Pasti anda akan menjawab begini,,

"Nanti dulu!! Rumah saya bernilai RM300,000!! Itu adalah aset!!"


Oh ya?

Bila? Bila nilai rumah anda akan menjadi RM300,000?

Bila nak jual nanti? Bila anda nak jual?


Bila dah jual nanti anda nak duduk mana?


Pasti anda akan membeli rumah yang baru pula kan.


Memang anda boleh kata rumah itu dulu dibeli dengan harga

hanya RM100,000 dan kini naik sehingga RM300,000.

Ya, anda boleh kata ada keuntungan sebanyak RM200,000

jika dibandingkan dengan harga asal semasa anda beli.


Rumah (properties) anda memang akan naik harga jika kena dengan

tempat yang strategik dan kawasan yang membangun.



TETAPI, anda jangan lupa, harga rumah yang lain dengan saiz

yang lebih kurang sama dengan tempat yang lebih kurang sama

juga sudah bernilai RM300,000 semasa anda ingin beli semula rumah baru.


Jika anda jual rumah lama anda dan beli rumah yang baru,

MANA KEUNTUNGAN ANDA?

MANA NILAI RUMAH ANDA?

Tiada...


Maka, rumah yang anda duduk sekarang bersama keluarga

anda sebenarnya bukanlah aset.

Ia hanyalah LIABILITI semata-mata.


Rumah yang anda miliki itu hanya akan bertukar menjadi aset

apabila anda MENJANA PENDAPATAN daripada rumah itu.


Sebagai contoh yang mudah,


Rumah yang anda sewakan kepada orang lain dan mendapat

keuntungan bulanan itulah yang dinamakan aset.


Cuba anda bertanya pada diri anda sebentar,,


Apaka jenis aset yang anda ada?

Berapa banyakkah aset yang anda ada?

Berapakah jumlah pendapatan yang anda boleh jana daripada aset anda itu?


Saya serahkan tiga soalan ini untuk anda jawab.


Saya akan huraikan lebih detail mengenai ASET dan LIABILITI

dalam entry pada masa akan datang.


Saya berharap entry kali ini sedikit sebanyak

dapat membuka minda anda mengenai apakah yang dinamakan

ASET dan LIABILITI.




Sekian,




Bukhari Ryo

Manusia Pasti Akan LAYU





Umpama Bunga Dan Benih


Salam hormat,



Ada satu peribahasa jepun yang saya sangat suka iaitu

karenai hanawanai ga sakanai hanawa aru.

Balam bahasa melayunya, 

'Tiada bunga yang tidak akan layu, tapi pasti ada bunga yang tak sempat mekar'


Begitu mendalam maksudnya kan?


Secara lebih detailnya, semua manusia PASTI akan layu (tua).

Ye, ini ada hukum alam yang kita tidak akan dapat mengubahnya.

Yang menunggu kita di penghujung perjalanan hidup hanyalah 

usia tua tanpa tenaga dan kematian sahaja. Tiada apa selainnya.


Macam mana cantik pun seseorang wanita itu di usia 20-an,

pasti akan menjelang 30-an, 40-an dan seterusnya.

Macam mana anda kuat dan bertenaga semasa 20-an pun,

anda pasti akan menjelang usia tua yang tidak bertenaga.

Kita pasti  akan LAYU


Semakin lama, kita bukan semakin menuju ke puncak,

tapi kita semakin menuju 'layu' dalam kehidupan dan akhirnya 

kembali ke tanah.


Dalam perjalanan menuju 'LAYU' ini, akan ada banyak benih 

yang tak sempat pun nak berbunga walaupun ada benihnya.

Ramai yang tak sempat nak mengecapi cita-cita dan kejayaan

di dunia atau mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Akan tetapi, setiap bunga yang mekar (yang sudah berjaya) pun, 

pasti layu juga..


Yang berjaya juga akan layu,

Yang tak berjaya juga akan layu.


Ini adalah hukum alam yang tiada sesiapa akan mampu

melawan dan ubah.


Menurut kajian di USA, ada 80% akan kata 

"kan bagus kalau saya buat banda itu dulu.."

"kan bagus kalau saya lebih berusaha pada waktu itu dulu.."

Sebelum mereka meninggal atau di hari tua.

Apa pendapat anda?

Mereka semua meninggalkan bumi ini dalam keadaan 

penyesalan di mana mereka tak sempat nak buat perkara yang

mereka betul-betul nak buat semasa hidup / masih muda.


Andakah anda ingin tergolong dalam golongan itu?


Apa lagi alasan anda untuk anda tidak buat perkara yang

anda ingin lakukan?


Anda sama sekali tak boleh lupa yang setiap hari anda semakin 

tua.

Dalam kehidupan kita, masa silam dan masa depan (future)

tak wujud.

Masa silam hanya boleh digambarkan dengan masa, kata-kata

dan dengan memori foto sahaja.

Adakan itu wujud? ye, tapi dah lepas.

Ada di depan mata anda? TIDAK...

Anda mampu berbuat apa-apa? TIDAK..

Bagaimana pula denga masa depan?

Masa depan juga tak wujud.

Di depan mata kita sekarang memang tak wujud pun lagi

masa depan.

Apa yang anda ada adalah masa SEKARANG di real time.

Itu sahaja yang wujud.


Masa depan anda hanya bayangkan cita-cita dan juga harapan.

Itu sahaja.

Tak lebih dari itu.

Masa depan yang indah tak akan datang secara tiba-tiba.

Ia adalah hasil gabungan daripada apa yang anda buat

SEKARANG dan itulah yang dinamakan MASA DEPAN.


Nasihat saya,

Hargai setiap detik yang anda lalui pada saat ini kerana itulah

MASA DEPAN ANDA.


Anda cuba fikirkan apa yang anda mampu buat

pada masa sekarang dan cuba sehabis baik yang anda

mampu buat supaya tidak menyesal di kemudian hari.


Saya mendoakan anda semua berjaya di dunia dan di akhirat.




Sekian,




Bukhari Ryo
newer post older post